Ujian PKSR Pertengahan Penggal Satu Sesi 2009

May 13, 2009

Ujian Pertengahan Penggal Satu Sesi 2009 akan diadakan pada 18 May 2009 sehingga 21 May 2009. Diharap semua pelajar dapat berusaha dalam mencapai kejayaan masing-masing.

Advertisements

Program Berkelompok Sekolah Loyang, Sobeng dan Aton (LSA) 2009

April 30, 2009

Pendaftaran semua murid dari 3 buah sekolah iaitu SK Long Loyang, SK Long Sobeng dan SK Long Aton pada 23 April 2009 dan tamat pada 26 April 2009. SK Long Loyang telah menghantar pelajarnya seramai 12 orang pelajar tahun 6 dalam Program ini. Manakala SK Long Sobeng menghantar 8 orang pelajar tahun 6 dan SK Long Aton pula 14 orang pelajar tahun 6. Program ini diadakan selama 4 hari 3 malam dengan aktiviti-aktiviti seperti ceramah-ceramah motivasi dan juga tips-tips peperiksaan. Pihak SK Long Loyang mengucapkan tahniah kepada penganjur tahun ini iaitu SK Long Aton atas kejayaan program ini dilaksanakan.
pendaftaran

Aktiviti semasa Program tersebut dijalankan.
aktiviti

Gambar Guru Pengiring dan 3 orang guru besar sekolah
guru pengiring loyang

Gambar murid-murid dari 3 buah sekolah
murid-murid

Pengenalan kepada SK Long Loyang

April 16, 2009

Logo SK Long Loyang

Sekolah Rendah Kebangsaan Long Loyang yang asal ditubuhkan pada tahun 1956. Tapak penubuhan sekolah ini adalah di Long Burui, Dapui di hulu sungai Tinjar. Nama asal sekolah ini juga mengambil nama kampung asal iaitu SRK Long Burui. Pada ketika itu masyarakat Sebob Long Loyang sekarang tinggal di Long Burui. Sekolah ini didirkan secara gotong-royong oleh masyarakat kampong Long Burui sendiri. Individu yang bertanggungjawab mengasaskan sekolah ini ialah guru besarnya pertama. Beliau ialah Encik Ahjoon, seorang guru yang telah mendapat latihan mengajar di Kuching oleh Jabatan Pelajaran Sarawak pada ketika itu.

Dalam tahun 1958, semua masyarakat Sebob dari Long Burui telah berpindah beramai-ramai ke Long Loyang atas nasihat Tuan Gabenor Negeri Sarawak melalui ketua masyarakat mereka mendiang Pemanca Madang Balan. Maka SRK Long Burui pun berpindah tapak ke Long Loyang dengan nama baru SRK Long Loyang sehingga ke hari ini.
SRK Long Loyang juga dibina secara gotong-royong oleh masyarakat Kampung Long Loyang Long Batan, Long Aya dan Apau Gon. Atapnya dibuat daripada daun “cilat” iaitu sejenis daun hutan yang lebar dan panjang, manakala lantai dan dindingnya diperbuat daripada bulu. Pada ketika itu jumlah murid dari keempat-empat buah kampong ini adalah lebih kurang 70 orang yang hanya belajar sehingga tamat tahun 3. Murid-murid yang terpilih dan lulus peperikasaan kerajaan akan melanjutkan pelajaran ke SRK Long Teru sehingga tahun 6. Pelajar yang lulus tahun 6 akan melanjutkan pelajaran ke SMK Marudi.
Sekolah ini juga turut berkembang mengikut perkembangan dunia pendidikan. Banyak pembangunan fizikal yang didirikan seperti bangunan sekolah yang baru yang jauh lebih baik.
Selari dengan kewujudan sekolah ini, asrama sekolah yang didiami murid-murid dari Long Loyang, Long Aya, Long Batan dan Apau Gun juga mengalami perubahan yang sejak awal penubuhan sekolah sehingga sekarang. Sehingga 1999 keadaan asrama sekolah adalah serba kekurangan. Tapak asal asrama dahulu adalah terletak di tapak dewan makan sekarang. Bangunan asrama yang ada sekarang adalah dibina pada 2000. Hasil kerja gotong-royong masyarakat kampung Long Loyang, Long Batan, Long Aya dan Kampung Apau Gun. Guru Besar yang mengurus sekolah pada ketika itu ialah Encik Gabrail Wan.
Penubuhan asrama sekolah dari awal penubuhannya sehingga pada masa ini telah memberikan kemudahan kediaman yang baik terutama kepada muri-muri yang tinggal jauh di pedalaman. Sehingga sekarang fungsi asrama sekolah masih memainkan peranan yang sangat penting dalam kemajuan pendidikan anak-anak murid dari segi pembentukan sahsiah, jasmani, emosi, rohani dan intelektual.